By: adiman happysnapper

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jul-2008 06:41 Email | Share | Bookmark
Getaway: Jogja V - Street Shoot


safety first!!!
bukan sekali gua terserempak dengan orang naik belakang lori pakai helmet ni. memang berkali-kali. gua rasa pak polisi kat sana saman orang naik lori tak pakai helmet kot. haha


hampir semua kubah masjid di Jogja diperbuat dari aluminium blower sebegini. Selain menjadi kubah, dia juga memperbaiki sistem pengudaraan didalam masjid supaya lebih nyaman. hehe.


Malam perjalanan menuju ke Malioboro dengan menaiki becak. Pak becak tu tetiba amik jalan ntah memana dengan sukahati pak sedara dia je bawak kitorang ke kedai "dagdu" yang bermaksud kedai baju t-shirt. mmg shit lah. kitorang nak cepat pegi ke Malioboro, dia tanpa disuruh nak bawak pegi jejalan lak. Lalu, perjalanan itu perlu melalui pintu gerbang sebegini. gila kecil dan sempit dan hanya boleh memuatkan seekor vios sahaja daam satu masa. hasilnya, jem lah sebentar sebab terowong sempit ni adalah laluan 2 way yang tahpape.


Hampir sampai ke kedai dagdu. ternampak pakcik sarkis yang hebat.


Malioboro gilababi pack dengan manusia sejagat. Gua takleh imagine mcm mane depa nak keluarkan moto ni lepas pegi beli belacan 3 ketul. Hilang akal~


Makcik jual nasik tepi kaki lima. Macam ni saja makanan dijual. Kalau nak makan, duduk saja cangkung di tepi makcik tu dan makan. Nym nyum haha..


Sapa nak sate? Jogja terkenal dengan sate kambing, sate kuda. Mungkin juga ade sate binatang-binatang lain yang lebih misterius seperti sate naga.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net